'Kalau BN tawan Putrajaya, GST dikembalikan' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Wisma MCA pada Ahad. Foto SINAR HARIAN/ AISYAH BASARUDDIN

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti komponen berazam untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya menawan semula Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCA yang sudah bertahun-tahun membangkitkan isu tersebut mesti teruskan perjuangan bagi membantu golongan peniaga tempatan berkembang maju.   

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya mahu MCA membawa cadangan yang boleh dilaksanakan secara bersama antaranya isu GST. 

"Suara MCA kena kuat dalam memperjuangkan perkara ini. Saya setuju GST dikembalikan.

Iklan

"Bossku (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dah buat yang terbaik dahulu! Saya dan rakan-rakan BN berazam kalau kita menawan Putrajaya semula, kita terus kembalikan GST!" katanya sambil disahut sorakan 'Bossku' oleh perwakilan MCA.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Dewan San Choon Wisma MCA di sini pada Ahad.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan itu bukan bertujuan menolak pelaksanaan SST, sebaliknya bagi memastikan Malaysia mengamalkan sistem percukaian yang lebih saksama.

"Siapa yang akan memperjuangkan nasib rakyat jika kita tidak berdiri bersama-sama," ujarnya.