BN nafi wujud isu dalaman punca pertukaran calon Tempasuk

Iklan
Ahmad Zahid (kiri) ketika menghadiri Karnival Lindung Kerjaya MyFuture Job di Kota Belud pada Ahad.

KOTA BELUD - Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan kononnya wujud isu dalaman yang menyebabkan pertukaran calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri sudah berhubung dengan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebelum bertemu secara bersemuka bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Abdul Rahman pada peringkat awal ditawarkan untuk bertanding di kerusi berkenaan, namun memutuskan untuk menarik diri bagi memberi ruang kepada calon muda.

“Beliau merasakan peluang harus diberikan kepada anak muda. Tidak ada isu dalaman yang berlaku. Saya sudah berhubung dan bertemu dengannya, dan beliau memohon untuk menarik diri.

Iklan

"Malah dua hari lepas dia ada dengan saya bersama-sama dengan calon Barisan Nasional di Tuaran," katanya dalam sidang media sempena Karnival Lindung Kerjaya MyFuture Job di Kota Belud pada Ahad.

Terdahulu, terdapat khabar angin mendakwa wujud masalah dalaman BN hingga menyebabkan pertukaran calon Tempasuk kepada Azwan Norjan.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited memperkukuh institusi latihan di Sabah bagi mengurangkan pengangguran.

"Terdapat 25 GiatMara di Sabah. Untuk Rancangan Malaysia ke-13 kita akan tambah dan salah satu akan ditubuhkan di Tempasuk," katanya.