Pemuda seiras PM Kanada raih populariti
Iklan
KABUL - AFGHANISTAN. Seorang penyanyi di majlis perkahwinan, Abdul Salam Maftoon dari Afghanistan meraih perhatian gara-gara memiliki wajah seiras Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
'Keistimewaan' pemuda berusia 29 tahun yang menyertai pertandingan nyanyian popular 'Afghan Star' itu disedari salah seorang juri, sekaligus menjadikannya sensasi internet dalam sekelip mata.