PRN Sabah: PKR tambah dua kerusi di DUN Bandau, Moyog

Iklan
Peto

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pertembungan langsung antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka berlaku di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), membabitkan DUN Bandau dan Moyog.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Sabah, Datuk Peto Galim mengesahkan parti itu menambah dua lagi kerusi yang akan ditandingi di dua DUN berkenaan.

Iklan
Iklan

"Hanya dua kerusi iaitu DUN Moyog dan Bandau. Remystar Taylor dicalonkan bagi DUN Moyog," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Susulan penambahan kerusi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan calon PKR bertanding pada PRN kali ini ialah seramai 13 orang.

Iklan
Iklan

GRS sebelum ini menamakan Datuk Redonah Bahanda sebagai calon GRS di DUN Bandau manakala bagi DUN Moyog pula, ialah Ir Joeynodd Aiiko Roland Bansin.