UFC 322 cabaran terbesar Islam Makhachev

Iklan
Islam (kanan) akan berdepan petarung Australia dan juara bertahan welterweight, Jack Della Maddalena di Madison Square Garden hujung minggu ini.

ISLAM Makhachev bersedia menulis bab baharu dalam karier gemilangnya apabila melangkah ke divisyen welterweight untuk mencabar juara bertahan, Jack Della Maddalena dalam pertarungan utama UFC 322 di Madison Square Garden, New York pada hujung minggu ini.

Biarpun berdepan lawan yang lebih besar, bekas juara lightweight itu menegaskan peralihan ke kelas baharu bukan halangan buatnya menyaingi kekuatan fizikal Maddalena.

Iklan
Iklan

“Sewaktu saya bersemuka dengan Jack, saya nampak kami sama besar. Saya tidak rasa kecil untuk welterweight.

“Saya ikut program pemakanan dan latihan dengan baik, naikkan berat badan dan kini saya sudah bersedia,” katanya.

Iklan

Namun di sebalik keyakinan itu, Islam mengakui persiapan kali ini antara yang paling mencabar dalam kariernya.

“Terus terang, ini kem latihan paling sukar dalam hidup saya. Saya mula berlatih tiga bulan lebih awal dan melalui sesi yang amat intensif,” ujarnya.

Iklan

Beberapa pemerhati menjangka Islam bakal berdepan kesukaran jika gagal melakukan takedown terhadap Maddalena, namun petarung kelahiran Dagestan itu menolak tanggapan bahawa kekuatannya hanya terletak pada aspek gusti.

“Saya mahu orang tahu saya mampu bertarung dalam semua aspek, berdiri mahupun di lantai. Saya pernah berdepan Dustin Poirier dan Alexander Volkanovski dalam pertarungan berdiri.

“Jika lawan berjaya menangkis cubaan gusti saya, saya akan terus menekan dan mencari peluang untuk menjatuhkannya. Ini pertarungan MMA... Gabungan segala elemen,” kata Islam.

Selain mahu membuktikan keupayaan dalam dua kelas berbeza, Islam juga sedar sejarah menantinya jika berjaya menundukkan Maddalena.

“Jika menang, saya akan menjadi petarung ke-11 yang menjuarai dua divisyen di UFC.

“Ia satu impian dan pencapaian yang amat bermakna,” katanya.