KUANTAN - Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakar sejarah buat pertama kalinya berkenan menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, United Kingdom pada Khamis.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda membentangkan syarahan bertajuk 'Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan'.