MK Curtain Group melangkah ke fasa baharu transformasi rumah pintar menerusi pelancaran jenama gaya hidup pintar terbaharu, MK Ai Care yang diadakan dalam satu majlis pra- pembukaan di OE Resort, Mantin baru-baru ini.
MK Curtain Grup dalam kenyataannya berkata, majlis tersebut turut menandakan pengenalan rasmi Ruang Relaksasi AI pertama di Malaysia.
"Selama dua dekad, MK Curtain sinonim dengan jenama langsir yang memberi kehangatan dan gaya melalui falsafah 'Satu Kain, Satu Dunia', kini jenama ini melangkah lebih jauh dengan mentakrif semula makna 'rumah'menjadikannya ruang yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi turut memahami keperluan penghuninya melalui teknologi.
"MK Ai Care merupakan projek perintis dalam perjalanan transformasi ini. Ia bukan sekadar sebuah salun, tetapi sebahagian daripada ekosistem rumah pintar MK Curtain yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dalam mencipta pengalaman relaksasi automatik," kata kenyataan itu pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, sistem inovatif itu mampu mengenal pasti kedudukan kepala pengguna, melaras suhu dan tekanan air secara automatik, mengaktifkan fungsi urutan belakang serta mengeringkan dan merawat rambut dengan kawalan pintar.
"Pada masa hadapan, sistem ini bukan sahaja akan wujud di cawangan-cawangan MK Curtain tetapi akan dihubungkan dengan produk pintar seperti langsir automatik dan sistem rumah MK Town, mewujudkan sebuah gaya hidup baharu yang mesra teknologi.
"Berbeza dengan salun tradisional, ruang relaksasi MK Ai Care tidak memerlukan tenaga kerja manual. Sebaliknya, setiap proses dikawal oleh data pintar dan sentuhan automatik yang konsisten.
"Sistem AI akan menyesuaikan corak urutan, tekanan air dan suhu berdasarkan keutamaan individu, menjadikan setiap sesi rawatan satu pengalaman relaksasi peribadi yang benar-benar human-centric," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pengasas Bersama MK Curtain Group, Datin Wira Moon Sze Fui berkata, pihaknya bukan mencipta salun kecantikan sebaliknya mencipta pengalaman rehat seperti dirumah.
"Matlamat kami ialah membantu industri kecantikan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja dan menjadikan mesin AI ini sebagai ‘pembantu tetap’ dalam kedai mereka," katanya.
Dalam majlis pra-pelancaran tersebut, Malaysia Book of Records (MBR) secara rasmi mengiktiraf MK Ai Care sebagai 'Outlet Pencucian Rambut AI-Automatik Pertama di Malaysia'.
Sijil pengiktirafan disampaikan oleh wakil rasmi MBR kepada Pengarah Urusan MK Ai Care, Datin Wira Moon Sze Fui, Ketua Projek Malaysia, Cai Fern dan Pengerusi OE Academy Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu sebagai saksi.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil kolaborasi kepada rakan kongsi strategik serta pelantikan rasmi pasukan operasi dalaman, menandakan permulaan era baharu pembangunan dua hala Rumah Pintar + Kehidupan AI di bawah jenama MK Curtain.
Cawangan pertama MK Ai Care kini beroperasi di OE Resort, berfungsi sebagai 'Ruang Pengalaman Gaya Hidup Masa Depan' di bawah kerjasama antara OE Group dan MK Curtain.
Selepas pelancaran itu, MK Curtain akan memperkenalkan 'Pelan 100 Cawangan' membina AI Relaxation Corners dalam pusat membeli-belah, kawasan kediaman dan resort di seluruh Malaysia, menjadikan AI Hair Wash sebahagian daripada kehidupan moden.