Lelaki rentung kilang sampah terbakar di Kulai

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi. - Foto JBPM Johor

KULAI – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Senai pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhammad Asri Yousri berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada jam 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi yang musnah kira-kira 20 peratus.

“Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 35 tahun ditemukan rentung di dalam kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 30.48 meter dengan satu pancutan dari pam jentera, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.20 pagi.

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Iklan