PRN Sabah: KDM umum 39 calon termasuk bekas Pengerusi DAP Sabah

Iklan
KDM mengumumkan senarai 40 calon untuk bertanding pada PRN Sabah.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan senarai 39 calon, termasuk bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, KDM mengemukakan sekitar 70 peratus muka baharu, dengan 30 peratus daripadanya merupakan calon muda.

Iklan
Iklan

"Sebentar tadi kita telah umumkan 39 calon yang akan bertanding dan satu calon lagi kita belum umumkan dan akan diumumkan melalui media esok untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong. Jadi jumlah calon kita adalah seramai 40 calon semua.

"Semua calon-calon kita terdiri daripada profesional, ahli akademik, ada yang berniaga dan ada orang baharu berusia 27 tahun iaitu pemangku Presiden, Priscella Peter serta ada juga orang berpengalaman.

Iklan

"Jadi calon-calon kita mencakupi semua kategori atau semua pihak. Saya melihat bahawa mereka ini memenuhi kriteria di tempat masing-masing dan inilah yang telah dicadangkan oleh rakyat di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman senarai calon dan pelancaran manifesto sempena PRN kali ini, di sini, pada Khamis.

Ditanya mengenai calon yang dikemukakan termasuk Frankie, yang juga penyandang DUN Tanjung Papat, beliau melihat kemasukannya ke dalam KDM akan memberi kelebihan kepada parti itu.

Iklan

"Ini membuktikan bahawa KDM merupakan sebuah parti yang berbilang kaum. Bukan hanya Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) tetapi merangkumi semua etnik di Sabah ini, itulah parti kita.

"Jadi bila Datuk Frankie ini masuk, ini akan menguatkan sokongan rakyat terutama golongan Tionghua pada parti kita KDM," katanya.

Frankie akan mempertahankan kerusi Tanjung Papat yang dimenanginya sejak 2018 namun baru-baru ini beliau telah keluar daripada DAP sebelum menyertai KDM.