Bomba datang pangsapuri sangka bau durian kebocoran gas
Iklan
Tangkap layar video TikTok milik @faroy menunjukkan durian sedang dinikmati dan anggota bomba yang datang ke pangsapuri didiami.
SHAH ALAM - Hasrat sebuah keluarga Malaysia yang menetap di Paris untuk menikmati durian bertukar cemas apabila jiran mereka menyangka berlaku kebocoran gas, gara-gara bau raja buah itu memenuhi ruang pangsapuri didiami.
Kejadian lucu yang berlaku pada 24 Disember tahun lalu itu dikongsikan menerusi hantaran video di TikTok milik @faroy atau ingin dikenali sebagai Farah Jalal, 39.
Iklan
Iklan
Farah yang juga penjawat awam berkata, ia merupakan kali pertama dia berdepan situasi sedemikian dan tidak menyangka tindakan mereka boleh menimbulkan rasa cemas dalam kalangan jiran di kawasan perumahan tersebut.
“Suami saya waktu itu hendak ajar anak cara makan durian pulut dengan santan dan gula, tetapi lain pula jadinya.
Iklan
“Bau durian itu merebak ke seluruh pangsapuri. Jadi jiran kami membuat laporan kepada bomba selepas terhidu bau tersebut ketika melalui rumah kami,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tidak lama kemudian, pasangan itu terkejut apabila pasukan bomba tiba di kawasan kediaman mereka.
Iklan
Ibu kepada dua anak itu berkata, mereka segera mengambil langkah untuk ‘menghapuskan’ bau durian yang masih berlegar di seluruh rumah.
“Pada awalnya bila bomba datang, suami saya juga fikir ada gas bocor tetapi saya beritahu dia bahawa itu bukan bau gas, sebaliknya bau durian.
“Terus kami cuci semua pinggan, buang segala (kulit durian) dalam plastik dan ikat ketat, pasang pewangi rumah serta buka semua tingkap.
“Dalam video tersebut, itu kali kedua bomba masuk untuk hidu bau tetapi tidak jumpa apa-apa,” ujarnya.
Tambahnya, selepas pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh, mereka akhirnya tidak menemui sebarang punca kebocoran gas seperti disangka.
“Memang kami tidak beritahu itu bau durian kerana risau nanti kena tindakan,” menurutnya.
Farah bersama keluarganya tinggal di Paris selama lima tahun demi mengikut suaminya yang bertugas di negara berkenaan sebelum pulang semula ke Malaysia pada 12 September tahun ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>