Angka kematian Taufan Uwan meningkat 27 orang

Iklan
Antara mangsa dibawa ke tempat selamat selepas kawasan di Manila dilanda Taufan Uwan. Foto AFP

MANILA - Angka kematian akibat taufan kuat Uwan (nama antarabangsa Fung-wong) di Filipina meningkat kepada 27 orang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Rabu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Agensi tindak balas bencana itu memaklumkan bahawa seramai 36 orang dilaporkan cedera manakala dua lagi masih hilang setakat ini.

Iklan
Iklan

Sebanyak 1,006,149 keluarga atau 3,596,174 orang yang tinggal di 9,643 barangay (daerah kecil) di 16 wilayah di seluruh negara terjejas, manakala 41,202 rumah rosak akibat taufan berkenaan. - Bernama-PNA