'Iya ke, siapa beritahu?' - Anwar

Iklan
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan reaksi terkejut ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan bahawa bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan kembali menyertai Kabinet.

“Iya ke, siapa beritahu awak?” katanya ringkas kepada wartawan yang mengajukan soalan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau memberikan respon demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara di sini pada Rabu.

Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan bahawa Anwar dipercayai akan mengumumkan rombakan Kabinet pada awal Disember depan.

Iklan

Spekulasi tersebut semakin hangat diperkatakan apabila sumber dalaman turut mendedahkan perkara berkenaan kepada media.

Antara individu yang menjadi tumpuan ialah pelantikan Khairy, atau lebih dikenali sebagai KJ, sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Iklan

Menurut laporan media, Kementerian Ekonomi juga mungkin akan digabungkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF).

Perubahan lain yang dijangka berlaku termasuk kenaikan pangkat R Ramanan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi susulan peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick baru-baru ini, selain penyelarasan di peringkat timbalan menteri.