BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin memulakan kempen Masters Jepun Super 500 dengan langkah positif selepas mara ke pusingan kedua pada Rabu.
Pada perlawanan berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium itu, wakil negara di ranking ke-20 dunia tersebut bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menafikan kemaraan Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun dari Taiwan 21-18, 18-21, 21-19.
Iklan
Iklan
Pang Ron-Su Yin dijadualkan berdepan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Turut mara ke pusingan kedua, pemain perseorangan wanita K Letshanaa yang mengetepikan Keisha Fatimah Azzahra dari Azerbaijab 25-23, 21-8 untuk menempah pertemuan dengan Chiu Pin-Chan dari Taiwan.
Nasib berbeza buat dua beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang terkandas di pusingan pertama.
Soon Huat-Shevon Lai tunduk kepada pasangan tuan rumah Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 17-21, 13-21 manakala Tien Ci-Chiew Sien tewas kepada Liu Kuang heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan 15-21, 16-21.
Turut pulang awal, perseorangan lelaki negara Justin Hoh yang dikalahkan Shogo Ogawa dari Jepun 14-21, 9-21. - Bernama