Tiga soalan buat wanita sakit hati

Iklan
Tiga perkara yang boleh buat wanita berubah riak muka sekelip mata ialah apabila ditanya umur, berat badan dan status perkahwinan. Gambar hiasan 123RF

MINGGU lepas, Merak Jalanan sempat bersembang panjang dengan sekumpulan rakan wanita di sebuah kafe.

Topiknya ringan saja, tapi rupanya sensitif juga, tentang soalan yang wanita paling tak suka ditanya.

Iklan
Iklan

Kata mereka, tiga perkara yang boleh buat wanita berubah riak muka sekelip mata ialah apabila ditanya umur, berat badan dan status perkahwinan.

Mungkin bagi lelaki soalan itu biasa saja, tapi bagi sebahagian wanita, ia seperti disiram garam ke luka halus.

Iklan

Soal umur memang klasik. Ada yang senyum paksa bila ditanya, ada juga yang jawab acuh tak acuh, “rahsia perempuan”.

Namun, tak semua wanita begitu. Ada yang jenis santai dan pandai pusing jawapan. Seorang rakan Merak Jalanan misalnya, cukup kreatif.

Iklan

Katanya, “Kalau orang tanya umur, aku terus cakap 50 tahun!” Padahal umurnya baru 41.

Bila orang terkejut dan memuji, “Eh, nampak muda ya”, dia pun senyum lebar penuh kemenangan.

Gaya dan strategi menambah umur ini agak genius juga. Tak perlu filter, tak perlu krim mahal, cukup dengan keyakinan dan sedikit psikologi.

Ada kalanya, perempuan bukan nak sembunyi umur, cuma mahu tengok reaksi orang terhadap jawapan mereka.

Sebenarnya, wanita bukan marah sangat dengan soalan-soalan tu. Mereka cuma tak suka cara atau nada soalan itu ditanya.

Kadang-kadang niat kita nak bergurau, tapi bunyinya macam sindiran.

Kesimpulannya, sebelum bertanya, lebih baik baca dulu situasi dan bahasa tubuh.

Jadi, sebelum buka mulut, lebih baik fikir dua kali sebab tidak semua soalan perlu ada jawapan. Adakala juga bukan jawapan yang menyakitkan, tapi cara orang bertanya tu.

Dan kalau masih gatal mulut nak tanya juga, bersedialah terima pandangan tajam yang boleh buat kau rasa macam baru kena laser percuma.