KOTA KINABALU – Perikatan Nasional (PN) Sabah menamakan Dg Nor Syafiqah Abdul Hamid sebagai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee yang memaklumkan bahawa pencalonan tersebut melengkapkan senarai 41 calon PN yang akan bertanding dalam PRN kali ini.