Dua maut, pesawat ringan terhempas di Florida

Iklan
Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin.

WASHINGTON - Dua terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Coral Springs, Florida pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan awal CBS 12, pesawat ringan berkenaan dalam penerbangan ke Jamaica bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan Taufan Melissa sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam di Coral Springs.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya, kerajaan bandar Coral Springs mengesahkan bahawa dua individu maut dalam kejadian itu.

Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa, menyebabkan banjir besar serta kerosakan terhadap infrastruktur.

Iklan

Ia kemudiannya melanda Cuba, Republik Dominican, Haiti dan beberapa negara kepulauan kecil di rantau Caribbean, mengakibatkan kemusnahan di sepanjang laluannya. - Bernama

 

Iklan