TUMPAT – Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.
Serbuan terhadap PATI warganegara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.