Ribut salji sukarkan Mapim hanyat bantuan
Iklan
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
BEKAA - Ribut salji dan suhu di bawah paras beku -6 darjah Celsius adalah cabaran yang perlu ditempuhi delegasi misi bantuan kemanusiaan musim sejuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke pergunungan Bekaa dan beberapa penempatan lain pelarian Syria.
Suhu sejuk melampau sehingga jalan raya diliputi salji itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat anggota delegasi untuk membantu pelarian Syria mengharungi musim sejuk di khemah-khemah pelarian itu.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata pihaknya tetap akan meneruskan perjalanan demi memberi bantuan kepada pelarian Syria yang kesejukan.
"Situasi sejuk yang ekstrem ini langsung tidak mematahkan semangat kami kerana mereka (pelarian Syria) di sana memerlukan bantuan kami.
Iklan
"Bantuan yang akan dihulur seperti makanan, selimut, pemanas, baju dan khemah diharap dapat membantu mereka mengharungi musim sejuk ini,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata bantuan seumpama itu mampu menyelamatkan ribuan pelarian Syria terutama kanak-kanak dan bayi.
Iklan
Ahmad Sani Araby berkata bantuan perlu dihulurkan segera kerana dikhuatiri ribut salji akan melanda bila-bila masa.
"Mapim merayu kepada rakyat Malaysia agar terus hulurkan bantuan menerusi www. tabungsyria.com kerana bantuan ini dapat menyelamatkan nyawa anak kecil dan keluarga Syria ,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>