Kedah akan mulakan proses undang-undang isu pajakan Pulau Pinang
Iklan
Sanusi
ALOR SETAR - Kedah kini berada di fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan negeri itu dengan Pulau Pinang.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan agar perkara itu dijelaskan secara telus termasuk berkaitan pajakan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan negeri sudah melantik pasukan penyelidik terdiri daripada pakar sejarah dan perundangan untuk menjalankan kajian komprehensif berhubung perkara itu.
"Pasukan berkenaan telah menyiapkan kajian dan laporan akhir telah dibentangkan kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri serta ahli Parlimen yang berkaitan pada 15 April lalu.
Iklan
"Pada masa ini, kerajaan negeri pada peringkat memuktamadkan lantikan peguam bagi melaksanakan analisis, penyediaan dokumen dan proses perundangan di mahkamah. Insya-ALLAH perkembangan selanjutnya akan menyusul dalam tempoh sebulan dua lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di sini pada Isnin.
Iklan
Pada 2021, kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>