PRN Sabah: SPRM Sabah lancar bilik gerakan aduan rasuah, salah guna kuasa

Iklan
SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding PRN Sabah tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPRM dalam kenyataan berkata, kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai Isnin hingga 5 Disember.

Iklan
Iklan

"Bilik gerakan boleh dihubungi ialah Pejabat SPRM Kota Kinabalu 017-8478740/088-488381, Pejabat SPRM Cawangan Sandakan 089-668746/011-18669877 dan Pejabat SPRM Cawangan Tawau 089-772743.

"Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu 089-868769 serta Pejabat SPRM Cawangan Keningau 087-336761/016-5771521," katanya pada Isnin.

Iklan

SPRM berkata, selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel prnsabah@sprm.gov.my.

Tambahnya, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Iklan

Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November.

Tarikh-tarikh penting itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah ke-16 pada 6 Oktober lalu.