PASANGAN beregu campuran negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing mara ke pentas final Masters Korea 2025 selepas menewaskan gandingan tuan rumah, An Yun-seong–Lee Yu-lim dalam pertarungan tiga set pada aksi separuh akhir di Pusat Kebudayaan dan Sukan Universiti Wonkwang pada Sabtu.
Jimmy–Pei Jing yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menang 21-14, 19-21, 21-15 dalam tempoh 59 minit, sekali gus mengekalkan momentum cemerlang mereka sepanjang musim ini.