Pang Ron-Pei Jing tundukkan pasangan China, mara ke final Terbuka Perancis

Iklan
Pang Ron (kiri) dan Pei Jing mara ke perlawanan akhir Terbuka Perancis.

BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing melangkah ke final Terbuka Perancis selepas menewaskan pasangan China, Guo Xinwa-Chen Fanghui pada aksi separuh akhir di Arena Grand Paris, pada Sabtu.

Pasangan ranking ke-31 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menundukkan pilihan keenam kejohanan berkenaan 21-13, 21-9 dalam tempoh 31 minit.

Iklan
Iklan

Menanti pasangan negara di final ialah sama ada juara edisi tahun lalu, Feng Yanzhe-Huang Dongping dari China atau beregu pilihan keempat tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue.