Anak bunuh ibu berang ditegur tidak hadir tahlil arwah nenek

Iklan
Suspek kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - Agensi

JEMBER – Seorang penganggur lelaki bertindak kejam membunuh ibu kandungnya selepas ditegur kerana tidak menghadiri majlis tahlil arwah neneknya di Jember, Jawa Timur, pada Selasa.

Mangsa, Susiyanti, 62, ditemui maut di rumah anaknya, Imam Ghozali, 37, di Dusun Kertonegoro Selatan, Desa Kertonegoro, Kecamatan Jenggawah, selepas diserang menggunakan sebatang besi.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Polis Jenggawah, AKP Eko Basuki Teguh, siasatan awal mendapati suspek bertindak di luar kawalan selepas berlaku pertengkaran dengan ibunya.

“Suspek tidak berpuas hati kerana sering dimarahi ibunya. Dalam keadaan marah, dia memukul mangsa sehingga meninggal dunia,” katanya.

Iklan

Suspek kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Penduduk memaklumkan bahawa lelaki itu mengalami gangguan emosi sejak bercerai lima tahun lalu dan hidup sebatang kara tanpa pekerjaan.

Iklan

Walaupun tinggal bersebelahan, mangsa dikatakan sering menghantar makanan kepada anaknya setiap hari.

Pada hari kejadian, mangsa datang menghantar makanan dan menegur anaknya kerana tidak menghadiri majlis tahlil memperingati 40 hari kematian neneknya.

Teguran itu mencetuskan kemarahan suspek yang kemudian memukul mangsa sehingga maut.

Jeritan mangsa sempat didengari adik suspek, namun beliau gagal menyelamatkan ibunya.

Suspek kemudiannya ditahan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-Agensi