Putrajaya FOI 2025 angkat Malaysia sebagai City of Ideas dunia

Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bergambar bersama pelajar-pelajar ketika hadir pada Festival Idea Putrajaya 2025 yang diadakan pada Rabu. - FOTO: ROSLI TALIB

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sekali lagi mengangkat aspirasi ilmu dan inovasi negara melalui penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 8 November 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mengangkat tema ‘MADANI: Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea’, festival edisi kedua ini diteruskan sebagai platform nasional untuk merakyatkan idea, memperkasa ekosistem pendidikan tinggi serta membentuk masyarakat berfikiran maju dan berpaksikan ilmu.

Iklan
Iklan

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2024, Putrajaya FOI kini berkembang menjadi agenda nasional bagi mengangkat budaya ilmu sebagai teras kemajuan negara, membentuk ekosistem pemikiran masa hadapan, serta menjadikan Putrajaya sebagai City of Ideas, iaitu pusat rujukan global dalam bidang wacana intelektual dan inovasi.

Bagi tahun ini, penganjurannya diperluas ke seluruh negara dengan pelbagai program di 13 negeri sepanjang bulan Oktober lalu, sebelum kemuncak festival berlangsung di Putrajaya.

Iklan

Bagi edisi 2025 kali ini, KPT menyasarkan dua juta pengunjung termasuk 500,000 kehadiran fizikal dan selebihnya secara maya.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai Putrajaya FOI pada Rabu.

Iklan

Empat Kluster Utama Pengisian putrajaya FOI 2025

1. Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS)

- Menampilkan titah diraja, forum, sidang selari, sesi FOI Talk, Higher Education Institutions Industry Summit (HEIS) dan sesi bedah buku Telaah yang membincangkan isu semasa, dasar serta masa depan pendidikan tinggi negara.

2. MyIDEAS Connect

- Menggabungkan pameran penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan agensi, karnival kerjaya serta pelbagai kolaborasi berimpak tinggi seperti MoU, MoA dan LoI, selain pelancaran produk baharu. Program ini turut menampilkan FOI Run dan beberapa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tinggi.

3. Global Higher Education Summit & Showcase

- Platform antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin pendidikan tinggi serantau dan global melalui sesi seperti Higher Education Ministers Roundtable Meeting & Forum, Global Higher Education Forum (GHEF @ FOI), ASEAN Higher Education Leadership Forum (ASHELF) dan Asian International Mobility for Students (AIMS). Persembahan khas Sounds of Malaysia@FOI turut mengiringi kluster ini.

4. Advanced TVET & Entrepreneurship

- Menampilkan pameran Advanced TVE, pembelajaran fleksibel, kursus keusahawanan serta Bazar@FOI bagi memperkasa tenaga kerja berkemahiran tinggi dan melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Antara reruai delegasi antarabangsa yang menyertai Putrajaya FOI 2025.

Selain itu, antara tarikan utama Putrajaya FOI 2025 ialah:

- Lebih 40 sidang selari dan forum melibatkan 100 ahli panel terdiri daripada menteri, tokoh korporat, akademia, pemain industri dan pemimpin kerajaan.

- Pameran Penyelidikan & Inovasi, Ekosistem Pendidikan Tinggi dan Pengantarabangsaan Pendidikan.

- Pameran Antarabangsa 1001 Inventions: The Enduring Legacy of Muslim Civilization.

- IDEAVAULT: Platform pengumpulan idea kreatif dan inovatif daripada masyarakat umum.

- Karnival Kerjaya dengan lebih 2,000 peluang pekerjaan bergaji premium (RM3,000 ke atas) daripada 40 majikan.

- Internship Market Week bersama TalentCorp dengan penyertaan 30 syarikat.

- 67 kolaborasi berimpak tinggi (MoU/MoA/LoI) dengan nilai pelaburan (ROI) RM163 juta.

- 33 pelancaran produk inovasi dengan ROI RM7.6 juta.

- Perkhidmatan Rakyat termasuk klinik bergerak, pemeriksaan kesihatan, agensi kerajaan dan Jualan Rahmah.

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik serta bermanfaat disediakan untuk pengunjung di Putrajaya FOI 2025.

Putrajaya FOI 2025 menjadi manifestasi komitmen KPT dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui pemerkasaan budaya ilmu, kreativiti dan inovasi.

Ia menyatukan pemikir, pelajar, penyelidik, industri dan masyarakat bagi membentuk masa depan pendidikan tinggi yang inklusif, lestari dan berdaya saing global.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucaptamanya semalam berkata, pendidikan tidak seharusnya dilihat sekadar alat untuk mencapai kemajuan ekonomi, sebaliknya menjadi asas pembentukan nilai kemanusiaan sejagat.

Ujar beliau, sistem pendidikan masa depan perlu menekankan nilai kemanusiaan sejajar dengan kemajuan teknologi agar tidak terpisah daripada matlamat sebenar pembangunan manusia.

 “Kita mahu membina masyarakat berpengetahuan yang bukan sahaja mahir dalam sains dan teknologi, tetapi juga beretika, berempati dan bertanggungjawab terhadap kemanusiaan sejagat,” katanya.