Pelan tindakan ACMF 2026-2030 jadikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan bertanggungjawab - PM

Iklan
ANWAR

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pelan Tindakan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 2026-2030 yang dilancarkan hari ini akan menjadikan rantau ini sebagai destinasi kepada pelaburan yang bertanggungjawab untuk tempoh jangka panjang.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Pelan Tindakan ACMF yang telah dikemas kini dan Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Mampan mencerminkan komitmen bersama terhadap piawaian kemampanan yang berwibawa menyelaraskan pasaran serantau dengan jangkaan global.

Iklan
Iklan

"Pasaran modal yang baik adalah penting untuk menggerakkan sumber, memperuntukkan modal dengan cekap dan menyokong pertumbuhan. Ia juga perlu mengekalkan integriti, akauntabiliti dan amanah,” kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ACMF yang diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti pada Khamis. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Bernama 

Iklan

 

 

Iklan