KUANTAN - Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di bawah longgokan pelepah kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 19, Jalan Karak-Kuala Pilah, Telemong, pada Isnin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu kira-kira jam 5 petang.