Penunggang motosikal cedera di muka nahas lima kenderaan di Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada Selasa.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua motosikal di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian pada jam 8.16 pagi itu, mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal Honda Wave 125 mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba pada jam 8.35 pagi.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Honda Insight, Toyota Vios, Perodua Axia serta dua motosikal Honda Wave 125 dan Honda RS150.

Iklan

"Mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tiada mangsa lain dilaporkan tercedera dalam kemalangan tersebut.

Iklan

"Seramai lapan anggota termasuk seorang penyelia dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi bagi mengawal situasi.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.31 pagi," ujarnya.

Kemalangan tersebut berlaku ketika hujan lebat melanda Pulau Pinang menyebabkan kesesakan jalan raya teruk berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak.