HANOI - Hujan lebat dan banjir telah meragut 37 nyawa serta menyebabkan lima orang hilang dan 78 yang lain cedera di seluruh negara setakat pagi Isnin, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Daik dan Bencana Vietnam.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan pada masa ini sebanyak 50 lokasi di lebuh raya utama masih terhalang, termasuk 24 lokasi di bawah seliaan Kementerian Pembinaan.