Ajak Shiro tak lantik orang tengah urus pelaburan francais Bumbu Babah

Iklan
Ajak Shiro

PELAWAK dan penyampai radio, Ajak Shiro menegaskan tidak melantik pihak luar atau orang tengah bagi urusan francais jenama restoran masakan Nusantara moden diasaskannya, Bumbu Babah.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, 39, berkata, hanya dua individu iaitu Ali dan Syafiq yang menguruskan pelaburan atau pelesenan restoran berkenaan.

Iklan
Iklan

“Selain dua nama ini, saya tak ada wakilkan orang lain. Saya nasihatkan kalau ada yang nak buat pelaburan, lebih baik jumpa saya sendiri di kedai untuk mengelak ditipu,” katanya pada perasmian cawangan restoran Bumbu Babah Melaka di Jalan Hang Tuah, Sabtu lalu.

Majlis disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Ibrahim Durum.

Iklan

Ajak ditemui pada perasmian cawangan Bumbu Babah Melaka Sabtu lalu.

Terdahulu, beliau mendedahkan ada pihak yang cuba menipu pelaburan pembukaan cawangan restoran berkenaan membabitkan jumlah RM100,000.

Iklan

Katanya, individu berkenaan cuba memperdaya mangsa mendakwa dirinya wakil Bumbu Babah Ventures yang menawarkan peluang pembukaan francais kononnya dengan kebenaran syarikat tersebut.

“Saya terkejut bila ada yang telefon memaklumkan hal tersebut. Bila saya semak nama dan tengok gambar, saya tak kenal langsung individu tersebut.

“Mangsa masa itu dah hampir nak bayar RM100,000 untuk buka cawangan tapi mujurlah dia semak dulu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan setakat ini terdapat dua cubaan penipuan dikenal pasti di sekitar Lembah Klang, namun tiada mangsa yang mengalami kerugian selepas membuat semakan dan mendapatkan pengesahan daripadanya terlebih dahulu.

Ajak kini menguruskan lapan cawangan milik sendiri daripada 33 cawangan aktif seluruh negara dengan menawarkan lebih 50 menu masakan asli Indonesia termasuk sambal belacan, emping belinjor, begedil dan tempe goreng.