'Saya tidak tinggalkan UMNO, kamu buang saya' - KJ
Iklan
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan parti itu.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, parti tersebut sebaliknya yang membuat keputusan untuk menyingkirkan beliau.
Iklan
Iklan
"Ada beberapa pihak yang telah memberikan komen mengenai isu tersebut.
"Biar saya jelaskan, saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang buang saya.
Iklan
"Tolong jangan cuba ubah sejarah," katanya menerusi hantaran di Instagram Story pada Ahad.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.
Iklan
Hasrat pemimpin itu yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk kembali kepada UMNO, didakwa sudah mendapat 'restu' pimpinan tertinggi parti itu khususnya Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dikhabarkan sudah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan bagi menyertai semula UMNO, selepas dipecat pada Januari 2023.
Sejak dipecat, Khairy menghabiskan masanya dan aktif dalam platform audio siar yang diasaskan beliau iaitu Keluar Sekejap yang kini meraih 397,000 pengikut atau subscriber.
Ujar Khairy, beliau akan menjawab segala persoalan berhubung kemungkinan dirinya kembali menyertai parti itu dalam masa terdekat, namun meminta sedikit masa sebelum memberikan sebarang penjelasan.
"Berikan saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab," ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>