PRN Melaka: Pengundi dakwa nama ditanda sebelum mengundi, SPR diminta beri penjelasan

Iklan
Adly bersama isteri, Dalilah Awaludin selesai membuang undi sekitar jam 4.15 petang di SK Durian Tunggal, Melaka.

ALOR GAJAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberikan penjelasan berhubung aduan seorang pengundi di Merlimau yang mendakwa namanya sudah ditandakan sebagai telah mengundi walaupun belum menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perkara itu antara beberapa aduan yang dibangkitkan sepanjang proses pengundian berlangsung, selain isu penyebaran risalah dan perhimpunan di hadapan pusat mengundi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perhimpunan berkenaan bagaimanapun telah dileraikan oleh pihak polis yang turut mengambil beberapa langkah bagi menangani aduan sepanjang proses pengundian.

"Saya fikir isu tidak dapat mengundi tidak timbul lagi kecuali di Merlimau apabila ada seorang pengundi membangkitkan perkara itu kerana namanya sudah mengundi.

Iklan

"Pihak SPR perlu memberikan penjelasan perkara itu," katanya selepas selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di sini.

Sebelum itu, beliau yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil meluangkan masa meninjau 11 sekolah yang dijadikan pusat mengundi sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Durian Tunggal.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Adly berkata, keadaan cuaca yang baik membantu kelancaran proses pengundian, dengan kehadiran pengundi dilihat memberangsangkan sejak jam 8 pagi.

Beliau berkata, sistem baharu yang digunakan SPR bagi memaparkan jumlah keluar mengundi secara masa nyata di kesemua 28 DUN membolehkan perkembangan proses pengundian dipantau.

"Kepada yang masih belum keluar mengundi terutama generasi muda yang mana ada sesetengah tempat itu kadar tinggi dan ada masih kurang.

"Ini peluang yg terbaik untuk mereka dalam tempoh kurang sejam ini dan ada sebahagiannya pengalaman pertama, ambillah pengalaman itu kerana ia berkaitan masa depan untuk negeri Melaka," katanya.