FAMA Pahang sedia 3,000 kit makanan hadapi MTL

Iklan
FAMA Pahang sediakan 3,000 kit makanan bagi menghadapi MTL yang dijangka bermula 6 November ini hingga 26 Mac tahun depan. - Foto: FB FAMA Pahang

KUANTAN – Sebanyak 3,000 kit makanan disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 6 November ini hingga 26 Mac tahun hadapan.

Timbalan Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA Pahang, Mohd Azrul Abdul Aziz berkata, pelaksanaan fasa pertama itu dilakukan melalui kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama FAMA sebagai langkah awal kesiapsiagaan bencana.

Iklan
Iklan

Menurutnya, FAMA hanya ditugaskan untuk membekalkan kit makanan kepada NADMA melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, berdasarkan ketetapan antara NADMA dan Ibu Pejabat FAMA.

“Untuk makluman, pihak FAMA hanya ditugaskan untuk membekalkan kit makanan sebagai langkah awal persediaan menghadapi bencana banjir kepada NADMA melalui APM negeri.

Iklan

“Bagi FAMA negeri Pahang, fasa pertama melibatkan sebanyak 3,000 kit makanan yang diperuntukkan untuk disalurkan bermula minggu ini dan secara berperingkat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau menjelaskan bahawa strategi pelaksanaan, lokasi agihan dan kaedah penghantaran kit makanan itu diuruskan sepenuhnya oleh APM yang merupakan salah satu agensi di bawah NADMA.

Iklan

“Kami di FAMA bukan sahaja terlibat dalam pemasaran hasil tani, tetapi turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan ketika bencana,” ujarnya.

Tambah beliau, pelaksanaan fasa pertama itu turut dibantu oleh 10 anggota Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) FAMA Pahang bagi memastikan kelancaran urusan logistik di lapangan.

“Kita komited memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan mudah diakses sepanjang tempoh monsun, sebagai langkah menyokong keperluan NADMA melalui APM di negeri ini,” katanya.