Lelaki Indonesia kahwini ibu mentua, jadi bapa tiri bekas isteri

Iklan
Seorang lelaki mengahwini ibu mertuanya di Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan. Foto Agensi

SULAWESI SELATAN – Seorang lelaki di Indonesia mencetuskan kekecohan apabila mengahwini ibu mentuanya sendiri selepas wanita itu hamil hasil hubungan sulit mereka, sekali gus menjadikan dirinya bapa tiri kepada bekas isterinya.

Menurut laporan Detik, kejadian itu berlaku di Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan, awal tahun 2024.

Iklan
Iklan

Difahamkan, lelaki berkenaan yang usianya tidak didedahkan didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu mentuanya berusia 36 tahun.

Ibu mentuanya merupakan seorang balu yang kehilangan suami beberapa tahun lalu.

Iklan

Apabila hubungan mereka terbongkar dan wanita itu disahkan hamil, pihak polis campur tangan untuk menenangkan keadaan kedua-dua keluarga tersebut.

Selepas rundingan, keluarga wanita itu menerima keadaan tersebut dengan syarat lelaki itu perlu menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun sebelum mengahwini ibu mertuanya.

Iklan

Keluarga lelaki itu juga bersetuju dengan keputusan tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian memfailkan perceraian di mahkamah agama tempatan, dengan prosiding diadakan pada Mei 2025.

Selepas proses selesai, dia secara sah menceraikan isterinya dan berkahwin dengan ibu mentuanya.

Wanita itu dilaporkan telah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan mereka dan kedua-dua keluarga kini dilaporkan telah berdamai. - Agensi