JDT luas penguasaan, benam TFC 5-0

Iklan
Reaksi Jairo Da Silva meraikan kejayaan selepas melakukan hatrik. Foto Bernama

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas membenam Terengganu FC (TFC) 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam ini.

Kejayaan yang diraih pasukan kendalian Xisco Munoz itu merupakan kemenangan kesembilan berturut-turut musim ini sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan meluaskan lagi jurang dengan pasukan lain di persada liga.

Iklan
Iklan

Pasukan pelawat bermula garang dengan menggempur kubu pertahanan tuan rumah menghasilkan jaringan awal pada minit keempat menerusi penyerang sensasinya Bergson Da Silva yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Pada minit ke-22 JDT berpeluang menambah jaringan namun percubaan Antonio Glauder tinggi melepasi palang.

Iklan

Pemain JDT, Bergson Da Silva cuba melakukan percubaan gol semasa menentang pasukan TFC pada aksi Liga Super 2025-2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Foto Bernama

Bagaimanapun, kekecewaan tersebut berjaya ditebus pemain naturalisasi Romel Morales yang menyempurnakan hantaran lambung Mohd Afiq Fazail untuk JDT mendahului 2-0.

Iklan

Bersambung babak kedua, JDT yang diketuai Matthew Davies meneruskan penguasaan apabila meledak tiga gol tambahan untuk meninggalkan TFC jauh di belakang.

Pemain gantian Jairo Da Silva muncul wira JDT apabila menyumbang tiga gol pada minit ke-63, ke-70 dan ke-76, sekali gus mencipta hatrik perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, JDT berjaya memperkukuh cengkaman di persada liga dengan 27 mata daripada sembilan perlawanan manakala TFC kekal di tangga keempat dengan 13 mata daripada lapan perlawanan. - Bernama