YDP Pas Tambun meninggal dunia

Iklan
Mat Salleh

IPOH - Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Mat Salleh Said meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada malam Khamis.

Berita pemergian itu diumumkan menerusi hantaran Facebook Pas Kawasan Tambun.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran itu, Mat Salleh menghembuskan nafas akhir kira-kira jam 10.30 malam.

Beberapa pemimpin politik turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham antaranya Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad; Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi.

Iklan

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Al-Jamaiyah Taman Hiburan, Hulu Kinta jam 11 pagi Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Tambun.

Sementara itu, Idris mengakui rasa kehilangan yang amat mendalam atas pemergian Mat Salleh.

Iklan

"Beliau seorang murabbi dan mujahid yang gigih, tidak pernah kenal lelah dalam usaha membangunkan Pas Kawasan Tambun.

"Pemergiannya satu kehilangan besar buat jamaah dan masyarakat setempat," katanya di Facebook.

Untuk rekod, Mat Salleh pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mewakili Pas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta dalam pertembungan empat penjuru.