Perjanjian Malaysia-AS bukan ‘ikat mati’, ada peruntukan penamatan - PM

Iklan
Anwar menjelaskan ART 2025 mempunyai klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) mempunyai klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia menjadi perkara yang ditekankan secara serius oleh Jemaah Menteri.

Iklan
Iklan

"Saya tak minta saudara (Ahli Parlimen) berterima kasih tapi jangan kutuk seolah kita ini boneka AS. Mana mungkin boleh cakap sedemikian rupa.

"Tetapi perjanjian perdagangan ini semuanya ada 'exit clause' (peruntukan penamatan), kenapa kita tandatangani juga. Ini kerana kita perlu pelaburan dan perdagangan tinggi dengan AS, namun soal menyerah (kepada AS) itu tak timbul," katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian sewaktu menjawan soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang mendakwa terdapat 40 klausa yang mengikat Malaysia, selain turut menyamakan perjanjian itu sebagai satu bentuk penjajahan terhadap negara.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri supaya membawa perjanjian itu untuk dibahaskan di Parlimen.

Iklan

Dalam pada itu Anwar meminta supaya ahli Parlimen pembangkang tidak terus berprasangka sebaliknya meneliti setiap butiran perjanjian secara menyeluruh.

"Bila kita baik dengan China juga diserang, nampak baik dengan AS juga tak boleh. Jadi nak baik dengan negara mana? Kelantan dan Kedah sahaja?

"Saya rayu rakan-rakan sebelah sini dan sana (pembangkang dan kerajaan), ini soal negara. Saya bukan muda lagi Tan Sri Yang Dipertua (Johari Abdul), saya kerja sedaya upaya untuk dapat perhatian negara penting untuk faedah serta masa depan negara," jelas beliau.