PRN Sabah: DUN Pintasan jadi rebutan, BN pun akan letak calon

Iklan
Bung Moktar ketika hadir Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nanamun, Kota Belud pada Selasa.

 

KOTA BELUD - Barisan Nasional (BN) Sabah akan meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memaklumkan semua calon dicadangkan oleh parti adalah berkelayakan.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata, BN hanya akan memilih calon paling berpotensi untuk menang dan diterima rakyat.

Iklan

"Semua calon yang dicadangkan mempunyai kelayakan masing-masing, tetapi kita akan memilih calon terbaik, calon yang mampu menang dan membawa suara rakyat," katanya semasa menghadiri Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nanamun di sini pada Selasa.

Bung Moktar dalam pada itu turut menyeru semua jentera BN bersatu dan tidak berpecah dalam menghadapi PRN Sabah.

Iklan

Sebelum ini, beliau memaklumkan BN Sabah akan mengetengahkan 81 peratus calon muka baharu dan 50 peratus daripadanya adalah calon muda.

DUN Pintasan kembali menjadi tumpuan selepas Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan pada PRN kali ini.

Pada PRN lalu, Pandikar turut bertanding di kerusi sama namun tewas kepada Datuk Fairuz Renddan yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) apabila memperoleh 2,744 undi.