Pemuda cabul nenek 85 tahun gara-gara mabuk

Iklan
Seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang nenek berusia 85 tahun di Tasikmalaya, Jawa Barat. Foto Agensi

Suspek yang dikenali sebagai Panji mendakwa dirinya berada dalam keadaan mabuk dan hilang kawalan diri ketika kejadian

TASIKMALAYA - Seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang warga emas berusia 85 tahun di daerah Bantarkalong, Tasikmalaya, Jawa Barat.

Suspek yang dikenali sebagai Panji mendakwa dirinya berada dalam keadaan mabuk dan hilang kawalan diri ketika kejadian berlaku.

Iklan
Iklan

Menurut laporan DetikJabar, suspek ditahan tidak lama selepas insiden berkenaan oleh Unit Siasatan Jenayah Polsek Bantarkalong dengan bantuan Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) dari Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada awal pagi Sabtu, 25 Oktober lalu, ketika mangsa sedang tidur di rumahnya yang terletak berhampiran dengan kediaman suspek.

Iklan

“Ya, kami menerima laporan berhubung satu kes serangan seksual. Mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia sekitar 85 tahun. Suspek berjaya ditahan sebaik sahaja dikenal pasti,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya, AKP Ridwan Budiarta pada Isnin.

Menurut Ridwan, hasil siasatan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.

Iklan

Sebelum kejadian, Panji dikatakan minum arak sendirian di sebuah pondok sawah tidak jauh dari kawasan perumahan penduduk.

“Ketika mabuk, suspek menceroboh masuk ke rumah mangsa yang tidak berkunci,” ujarnya.

Mangsa yang tinggal bersendirian terjaga selepas mendengar bunyi di dalam rumah sebelum diserang oleh suspek.

Panji kemudian memeluk mangsa dari belakang dan memaksanya melakukan perbuatan cabul walaupun mangsa meronta dan cuba melawan.

“Mangsa cuba menolak, tetapi tidak berdaya kerana perbezaan tenaga dan ketakutan. Akhirnya perbuatan itu berlaku juga,” jelas Ridwan.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri sebelum ditahan beberapa jam kemudian hasil tindakan pantas pihak polis yang menerima laporan daripada penduduk kampung.

Pihak berkuasa turut merampas pakaian mangsa dan suspek sebagai bahan bukti.

Mangsa kini dilaporkan mengalami trauma dan menerima rawatan perubatan serta sokongan psikologi.

“Kami masih menilai keadaan psikologi mangsa. Kes ini disiasat dengan teliti dan mangsa akan menjalani pemeriksaan kesihatan. Suspek kini berada dalam tahanan,” tambah Ridwan.