Sultan Pahang berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 50 individu

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran SSAP kepada Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Seri Mohd Radzi Harian sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang ke-66 di Istana Abdulaziz pada Selasa. Foto Istana Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 50 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur pada Selasa.

Pengurniaan itu sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-66 Sultan Pahang yang diadakan di Istana Abdulaziz di sini.

Iklan
Iklan

Keberangkatan Paduka Baginda ke Balai Mahkota pada jam 10.30 pagi diiringi oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Mendahului senarai tujuh penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri ialah Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Seri Mohd Radzi Harun, diikuti Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Al-Haj Raja Tun Uda; Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli serta Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Wira Ir Roslan Ismail.

Iklan

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Lee Kok Chuan serta Timbalan Pengerusi Yuwang Group, Datuk Seri Tan Soon Chai.

Pada majlis sama, Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera kepada Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang, Datuk Indera Khairul Anuar Abdul Rahman.

Iklan

Sementara itu, Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia – Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada sembilan individu iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Julia Ibrahim; Pengerusi Children’s Protection Society Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur), Datuk Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan; Pengarah dan Ketua Penasihat Eksekutif Kotak Global Sdn Bhd, Datuk Tariq Ismail Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif The Daily Broth Sdn Bhd, Tengku Datuk Arif Asaad Tengku Azman serta Pengarah Perisikan Strategik Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO), Mejar Jeneral Datuk Mohamad Fauzi Abdul Majid.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Pahang turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran sama kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis Datuk Alzafny Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Datuk Wira Ts. Gs. Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi; Profesor Madya Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain serta Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ruziah Shafei.

Dalam pada itu, seramai 19 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pertanian Malaysia (Agrobank), Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Lokman Effendi Ramli; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Mohd Sha’ri Mohammed; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Zainuddin Jamaluddin serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Datuk Wandi Yadzid Yaakob.

Turut tersenarai ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Fakhrunniam Othman; Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman, Datuk Azan Ismail; Duta Besar Malaysia ke Jordan dan Palestin, Tuan Yang Terutama Datuk Mohamad Nasri Abdul Rahman; Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Selangor Berhad, Mejar Kehormat (PA) Datuk Azman Yaakob; Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan MIMOS Berhad, Datuk Rosli Mohamed Yoosuf serta Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Trustees Berhad, Datuk Nor Fazlina Mohd Ghouse.

Darjah kebesaran sama turut diterima Naib Canselor Open University Malaysia, Profesor Datuk Dr Ahmad Izanee Awang; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Profesor Ts. Datuk Dr Kamal Zuhairi Zamli; Perunding Pakar Bedah Urologi Kuantan Medical Centre, Datuk Dr Abdul Aziz Awang; penggiat seni, Datuk Abdul Razak Ahmad; Pengarah Urusan Paradigm Energy Sdn. Bhd., Datuk Naim Arshad; Pengarang Berita Kanan Berita Harian merangkap Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), Datuk Sarihah Mohd Ali serta Pengarah Eksekutif Vestland Berhad, Datuk Wong Sai Kit.

Sementara itu, Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia – Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada dua individu iaitu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Mohd Fakhrurazie Che Sulaiman.

Dua individu iaitu Asisten Komisioner Paul Henry Mewar Singh dan Fauziah Abd Wahab turut dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP).

Bagi Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), enam penerima ialah Leftenan Kolonel Mohd Zuraidi Zainal Abidin; Leftenan Kolonel Mohd Merican Yunus; Leftenan Kolonel Yusrizam Yunus; Izzuddin Datuk Abd Mutalib Al-Fakwie; Wan Faizatul Afzan Ismayatim serta Aida Arifin.

Sementara itu, Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) dikurniakan kepada Noorhakimin Brahim.

Selain itu, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada tiga individu iaitu Sub Inspektor (B) Mansor Talib, Zuhafizah Farook dan Siti Nuraqilah Norlizan.