MBI komited perkukuh amalan integriti, tadbir urus baik

Iklan
Zamakhshari (lima dari kanan) bersama pegawai MBI yang hadir pada Anugerah AIGA yang berlangsung di PICC, Putrajaya, minggu lalu. Foto MBI

PUTRAJAYA - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertekad untuk terus memperkukuhkan amalan integriti dan profesionalisme dalam aspek pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat selepas meraih Gangsa pada Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, minggu lalu.

MBI dalam kenyataan memaklumkan, anugerah AIGA itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan apabila tersenarai dalam 10 agensi terbaik sektor awam daripada 131 penyertaan

Iklan
Iklan

"Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen serta usaha berterusan MBI dalam memperkukuh budaya integriti, mengamalkan tadbir urus yang cemerlang, serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah secara konsisten di peringkat pihak berkuasa tempatan.

"Pengiktirafan itu bukan sahaja mengangkat imej MBI sebagai organisasi berintegriti dan telus, malah membuktikan bahawa budaya kerja berasaskan prinsip tadbir urus baik (good governance) mampu menghasilkan prestasi cemerlang serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan tempatan," katanya di sini.

Iklan

Pada majlis itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyampaikan anugerah Gangsa kepada Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

AIGA merupakan inisiatif tahunan kerajaan yang bertujuan mengiktiraf organisasi sektor awam dan swasta yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan nilai integriti, tadbir urus baik serta usaha pencegahan rasuah, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.

Iklan