ACFTA 3.0 buka peluang dagang lebih luas antara ASEAN dan China

Iklan
Tengku Zafrul dan Wang Wentao selepas menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 yang disaksikan Li Qiang dan Anwar bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Negara anggota ASEAN dan China bakal menikmati manfaat besar hasil penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN-China.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perjanjian versi baharu itu membuka ruang penyelarasan perdagangan dan pelaburan yang lebih luas antara ASEAN dan China yang kini merupakan rakan dagang terbesar rantau ini.

Iklan
Iklan

“Ini satu perkara yang amat baik bagi negara-negara ASEAN untuk menyelaras perdagangan antara sesama ASEAN dan juga dengan China,” katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang berkenaan pada Selasa.

ACFTA 3.0 ditandatangani oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala China diwakili Menteri Perdagangannya, Wang Wentao.

Iklan

Majlis tandatangan itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Mohamad menjelaskan, antara tumpuan utama perjanjian itu ialah usaha menurunkan pelbagai halangan perdagangan yang masih wujud bagi memastikan urus niaga dua hala lebih lancar dan mesra pasaran.

Iklan

“Kita melihat bagaimana mahu menurunkan apa-apa jua halangan perdagangan di antara ASEAN dengan China supaya tidak berlaku pertindihan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai butiran penambahbaikan itu dan memaklumkan Perdana Menteri akan memberikan penerangan lanjut dalam sidang media khas selepas sidang kemuncak berkenaan petang ini.

“Biar Perdana Menteri yang umumkan nanti. Saya tidak mahu mendahului beliau,” katanya.

Selain Sidang Kemuncak ASEAN-China, ASEAN turut dijadual mengadakan sidang kemuncak dengan Australia dan New Zealand bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama serantau termasuk langkah memudah cara perdagangan dan pelaburan masa hadapan.