Helikopter, jet tempur AS jatuh di Laut China Selatan

Iklan
Sebuah helikopter dan jet tempur milik AS dilaporkan terhempas di Laut China Selatan pada Ahad. Gambar hiasan

BEIJING– Sebuah helikopter dan jet tempur milik Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas di Laut China Selatan pada Ahad, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari kapal induk USS Nimitz.

Perkara itu disahkan oleh Armada Pasifik Tentera Laut AS, lapor Channel News Asia.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan tersebut, tiga anak kapal helikopter MH-60R Sea Hawk dan dua juruterbang jet tempur F/A-18F berjaya menyelamatkan diri dengan terjun keluar dari pesawat beberapa saat sebelum ia terhempas ke laut.

Kesemua mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Iklan

Susulan insiden itu, kapal induk USS Nimitz telah diarahkan pulang ke Pangkalan Tentera Laut Kitsap di Washington.

Pihak Tentera Laut AS kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Iklan

Sebelum ini, USS Nimitz ditugaskan ke Timur Tengah bagi menghadapi ancaman serangan pemberontak Houthi dari Yaman terhadap kapal-kapal komersial.

Misi tersebut dilaporkan merupakan tugas terakhir kapal induk berkenaan sebelum dinyahaktifkan.

Insiden terbaharu ini bukanlah yang pertama melibatkan aset udara milik tentera AS.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa kapal induk AS dilaporkan mengalami kemalangan serupa.

Antara yang terlibat ialah kapal induk nuklear USS Harry S Truman, yang menghadapi beberapa kejadian nahas ketika dikerahkan ke Timur Tengah.

Setakat ini, Tentera Laut AS masih belum mengumumkan hasil siasatan rasmi terhadap rangkaian insiden yang melibatkan pesawat dan kapal induk mereka sejak tahun lalu.