KOTA TINGGI - Seorang pekerja sebuah syarikat telekomunikasi ditahan pada Isnin kerana disyaki pecah amanah dengan mengambil lima unit telefon bimbit di premis tempatnya bekerja di sini yang menyebabkan kerugian berjumlah RM7,655.44.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, syarikat berkenaan telah membuat semakan audit dan mendapati terdapat lima telefon bimbit jenama iPhone yang masih baru dan terpakai hilang antara 21 hingga 23 Oktober lepas.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 28 tahun yang telah bekerja di syarikat terbabit selama dua tahun dipercayai mengubah maklumat di dalam sistem dan mengambil kesemua telefon bimbit berkenaan tanpa pengetahuan syarikat.
"Laporan berkaitan kes ini diterima pada 23 Oktober lepas dan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Yusof berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek di mahkamah di sini pada Selasa. - Bernama