Tiga lelaki disyaki terlibat sembilan kes curi kabel ditahan

Iklan
Gelung kabel yang dicuri dan alat pemotong digunakan suspek untuk kegiatan curi kabel di daerah Jempol.

JEMPOL – Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel selepas menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam sembilan kes berkaitan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, semua suspek yang berusia antara 36 hingga 47 tahun ditahan dalam satu operasi pada Jumaat lalu hasil maklumat awam di Bandar Baru Serting.

Iklan
Iklan

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bersama Balai Polis Bandar Seri Jempol telah melancarkan operasi dan berjaya menahan tiga lelaki.

“Polis turut merampas dua kenderaan iaitu Perodua Bezza dan Honda City, dua alat pemotong kabel, 16 gelung kabel serta sejumlah dadah jenis pil methamphetamine dan syabu,” katanya.

Iklan

Menurut Norhisham, hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

“Dengan tangkapan suspek ini, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes curi kabel yang membabitkan Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan U Mobile,” jelasnya.

Tambah beliau, semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober ini.