[VIDEO] 'Dipaksa makan babi, diseksa dengan renjatan elektrik'

Iklan

ISKANDAR PUTERI -"Saya dipaksa bekerja sebagai scammer bekerja 14 jam sehari, diberi makan lauk babi, jika lambat buat kerja akan diseksa dengan renjatan elektrik."

Demikian penderitaan yang ditempuh seorang pemuda dari Johor Bahru yang mahu dikenali sebagai Joe, 36 selama empat bulan selepas diperdaya sindiket pemerdagangan manusia dan terperangkap Sihanouk, Kemboja.

Iklan
Iklan

Joe antara lima warga Malaysia yang berjaya dibawa keluar Wisma Putra dan Kementerian Luar pada Ogos lalu daripada sindiket"scammer" di Kemboja.

Ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Skudai, Joe berkata, episod hitam bermula selepas dia menerima tawaran daripada rakannya sebagai pembakar sate di Kemboja dengan tawaran gaji ASD$1,500 sebulan atau kira-kira RM6,300.

Iklan

Joe menunjukan bangunan didakwa markas 'scammer' di Kemboja.

"Saya memang bekerja sebagai pembakar sate di Johor Bahru, jadi bila ada rakan tawarkan kerja yang sama di luar negara saya berminat, tambahan dengan yang banyak dan cerita rakan mampu beli kereta mewah.

Iklan

"Pada hari raya keenam iaitu pada 5 April saya terbang ke Kemboja. Tiket penerbangan ditanggung oleh kawan dan saya diberikan wang tunai RM2,000 sebelum ke sana.

"Kawan saya ada menghubungi saya dan minta maaf. Dia suruh saya buat apa yang syarikat (scammer) minta. Kawan saya cakap dia dapat komisen ASD$2,000 untuk seorang mangsa," katanya.

Namun katanya, apa yang dijanjikan tidak seindah khabar apabila dia dibawa ke markas 'scammer' dalam keadaan khayal selepas minum sejenis minuman ketika ditempatkan di sebuah hotel mewah sebelum itu.

"Setibanya di markas di Sihanouk yang lengkap dengan kemudahan asrama dan alatan teknologi, saya dipaksa bekerja membuat panggilan dengan menyamar sebagai anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Saya perlu capai sasaran iaitu RM50,000 hingga RM100,000 sebulan, jika tidak akan diseksa dan dikurung di dalam bilik tanpa makanan cuma diberikan sebotal air.

"Di sana, saya perhatikan terdapat lebih 40 rakyat Malaysia yang bekerja di sana selain warga asing yang pelbagai negara seperti Rusia, Brazil dan Arab. Kehidupan di sana bercampur bebas lelaki dan wanita selain diberi makan babi dan arak," ujarnya.

Joe (tengah) pada sidang akhbar di Pejabat ADUN Skudai pada Isnin.

Menurut Joe, semasa ingin melepaskan diri, dia dan empat lagi rakyat Malaysia bernasib baik apabila sindiket memberi dua telefon bimbit dan memaklumkan mereka akan dibawa ke sempadan Laos untuk dijadikan buruh paksa atau pengemis.

"Ketika itulah kami ambil kesempatan menghubungi ADUN Skudai, Marina Ibrahim untuk meminta bantuan melepaskan kami di sana.

"Kami berlima bersyukur selepas selamat dibawa pulang ke tanah air pada 16 Ogos lalu.

"Sepanjang tempoh nak bawa pulang itu pun saya fikir antara hidup dengan mati, sebab fikir mana datang dulu, bantuan atau akan dibunuh atau dibawa ke sempadan Laos," katanya.