Trump puji Malaysia sebagai negara hebat, sangat bertenaga

Iklan
Trump berlepas dari Malaysia ke Jepun pagi Isnin selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan Malaysia sebagai"negara yang hebat, sangat bertenaga" selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Dalam catatan Truth Social beliau pada Isnin, semasa berlepas ke Jepun, Trump berkata, AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, katanya, yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad.

"TIADA PERANG! Berjuta-juta nyawa diselamatkan.

Iklan

"Suatu penghormatan untuk saya melakukan ini. Sekarang, ke Jepun!!!," tulis presiden ekonomi terbesar dunia itu.

Trump tiba di Malaysia sekitar jam 10 pagi Ahad untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan dan berlepas pada jam 10.06 pagi Isnin, sekali gus menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam sidang kemuncak pemimpin ASEAN sejak menaiki jawatan presiden buat kali kedua pada Januari lepas.

Iklan

Pada Ahad, Trump bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan pemeteraian perjanjian damai bersejarah digelar Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.

Beliau turut menandatangani perjanjian perdagangan dengan Thailand dan Kemboja pada Ahad.

Dalam jadual padatnya semalam, Trump juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar, menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Mineral Penting antara Malaysia dan AS.

Pemimpin AS itu juga menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 pada Ahad.

Trump merupakan presiden Amerika ketiga melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015. - Bernama