Perjanjian timbal balas dengan AS tidak jejas kedaulatan Malaysia - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Jika anda melihat perjanjian itu, ia menghormati kedaulatan kedua-dua negara, kita tidak akan menandatangani sesuatu yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita.

"AS telah menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin berbanding komitmen awal kita," katanya pada sidang media pada Ahad. 

Iklan

Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS, katanya.

Tengku Zafrul berkata perjanjian berkenaan yang memastikan persekitaran dagangan lebih terbuka akan meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia. - Bernama 

Iklan