KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau menjadi perantara kepada pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand pada Ahad.
Trump menyifatkan Anwar sebagai tokoh hebat dan bersejarah atas peranannya dalam perjanjian damai itu, sambil menegaskan bahawa beliau berasa terpanggil untuk melawat Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas Anwar berjaya menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.