Langkah Aaron–Wooi Yik di Perancis terhenti separuh akhir

Iklan
Kembara Terbuka Perancis Super 750, Aaron - Wooi Yik berakhir di tangan Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri. Foto Agensi

LANGKAH beregu badminton lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik terhenti di separuh akhir Terbuka Perancis Super 750 selepas tunduk straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri.

Dalam aksi yang berlangsung selama 40 minit di Glaz Arena, Aaron–Wooi Yik gagal menyaingi kepantasan lawan sebelum akur dengan kekalahan 14-21, 19-21.

Iklan
Iklan

Biarpun bangkit memberi tentangan sengit pada set kedua, rentetan kesilapan mudah penghujung permainan memadam peluang naib juara Artik Super 500 itu untuk melangkah ke pentas final musim ini.

Untuk rekod, pada edisi 2024, Aaron–Wooi Yik turut terkandas di suku akhir apabila disingkirkan beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk–Seo Seung-jae, 19-21, 16-21.

Iklan
Iklan

Aaron–Wooi Yik akan mengalih tumpuan ke Terbuka Jerman Super 500 yang menyingkap tirai di Saarlandhalle, Saarbrücken, pada Selasa.