PRN Sabah: Tiada masalah buat Pas jika lawan Amanah di DUN Sulabayan

Iklan
Mohd Amar (kanan) semasa Ceramah Perdana Sempena 70 Tahun Pas di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Jumaat.

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan parti itu tidak mempunyai masalah berdepan Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya diberikan kepercayaan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah pada 29 November ini.

Bagaimanapun beliau berkata, agihan kerusi dan senarai penuh calon masih lagi dalam perbincangan.

Iklan
Iklan

"Kita (Pas) sudah bersiap sedia untuk bertembung dengan Amanah. Perkara itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya," katanya semasa ditemui pemberita selepas Ceramah Perdana Sempena 70 Tahun Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, Amanah sedia bertanding di kerusi DUN Sulabayan pada PRN Sabah jika diberi mandat oleh Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar melihat PRN kali ini menjadi peluang terbaik rakyat Sabah untuk membuat perubahan.

 

Iklan

Katanya, hal ini kerana sudah lama rakyat di negeri berkenaan terpalit dengan isu rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.

 

"Inilah masa terbaik untuk rakyat Sabah membuat perubahan supaya dibuat satu kepimpinan baharu, kerajaan baharu," katanya.